Sunday, 11 January 2015

Pelajaran Ketiga : Tawakal




Assalamualaikum w.b.t murid-murid,

Apa khabar semua? sihat ustazah! Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusan kita. Okay, pada hari ini ustazah nak mengajar subjek Akhlak. Tapi haaa sebelum itu kita mesti baca doa dulu. Okay seperti biasa sebelum baca doa kena buat apa murid-murdi? tadah tangan ustazah. Pandai. Mari kita sama-sama baca doa :


Amin.....

Mari kita lihat objektif pembelajaran tawakal  :)



Siapa pernah dengar perkataan tawakal? ustazah yakin semua murid-murid ustazah mesti pernah dengar! Okay pada hari ini ustazah nak ajar tajuk tawakal... mesti ada yang tidak tahu atau tertanya-tanya apa tawakal tu ye? Okay, ustazah nk tunjukkan erti sebenar tawakal itu apa? 

Maksud tawakal :





Haaa itu lah maksud sebenar tawakal kepada Allah. Dalam dunia ni apa-apa sahaja yang kita buat kita mesti bertawakal kepada Allah pada akhirnya. In Sha Allah, Allah akan memberkati dan merahmati segala pekerjaan yang kita telah lakukan. Faham tak murid-murid?

Okay, untuk menambahkan kefahaman kamu, ustazah bagi bayangan...nak dengar cerita tak? 

Ali seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran, peperiksaan akhir tahun nak dekat, dia sangat risau. Dalam masa yang sama dia belajar bersungguh-sungguh. Tiba hari peperiksaan, dia menjawab peperiksaan sehabis yang boleh dan setelah tamat peperiksaan dia sentiasa berdoa supaya Allah memberikan keputusan yang sebaik mungkin. Akhirnya, Ali telah berjaya dalam peperiksaannya dan mendapat tempat ketiga di dalam kelas. 

Haa, ada dalil yang menyuruh umat islam bertawakal kepada Allah, antara dalil nya ialah :


 فاذا عزمت فتوكل على الله ان الله يحب المتوكلين


Bermaksud : kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada  Allah " sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal". 

( surah al imran : ayat 159 )






Orang yang bertawakal ni banyak kelebihannya tahu? ni ustazah nak bagi tahu apakah kelebihan bertawakal ni :


Allah menyuruh hamba-hambanya bukan untuk memberikan bebanan, tapi kerana Allah sangat sayangkan hamba-hambanya. Selepas ini murid-murid mesti ingat lepas melakukan sesuatu hendaklah bertawakal kepada Allah. Ada juga yang tidak mahu mengikut ajaran islam. Golongan seperti ini akan mendapat akibatnya. Antara akibatnya ialah :




Haaa cuba murid-murid lihat akibatnya, mesti takut kan? ini lah akibat kalau seseorang itu tidak beriman kepada Allah. Banyak balasannya. Ustazah berharap kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak bertawakal. boleh murid-murid? 

Alhamdulillah... selesai sudah pelajaran kita pada hari ini. Faham tak murid-murid? Ingat pesan ustazah, selepas melakukan sesuatu mesti apa murid-murid? Bertawakal....

Okay, itu sahaja. Assalamualaikum w.b.t... 






ustazah kesayangan, 

ustazah asyiqin   

Saturday, 10 January 2015

Pelajaran Kedua : Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anak-anak murid ustazah yang ustazah sayangi sekalian? Semoga kalian semua berada dalam rahmat-Nya. Pada hari ini ustazah akan mengajar tajuk yang baru iaitu IKHLAS.

Sebelum itu, mari kita membaca doa sebelum belajar.




Tujuan kita membaca doa belajar ini agar mudah ilmu masuk dan diredhai Allah ketika belajar. Baiklah mari kita memulakan pembelajaran :)

Sebelum itu mari kita lihat objektif pembelajaran dahulu



Adakah kamu mengetahui apa itu ikhlas? Adakah kamu belajar harini dengan niat yang ikhlas? Adakah kamu menolong ibu bapamu dengan ikhlas? Adakah kalian menolong gurumu dengan ikhlas?

' Apa pula sebenarnya ikhlas ini ustazah? Saya keliru.'


Pasti kalian terfikir soalan seperti ini. Masya Allah jika begitu pada pemikiranmu, ustazah sangatlah bangga kerana kamu dapat berfikir dengan cerdas seusai usia 12 tahun ini. Mari ustazah huraikan satu persatu.

ERTI : 





'Eh ustazah, macam mana kalau kita buat sesuatu tu sebab nak menunjuk je?' Haaaa tu namanya tak ikhlas la tu. Nauzubillah. Ustazah harap kalian tidak seperti itu. Anak murid ustazah mesti baik macam ustazah kan? Muah ciked. 

'Ustazah saya blur lagi la. Saya tak faham lagi'. Masya Allah tabarakallah tidak mengapa. Mari ustazah kongsi satu cerita. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaa faham tak kisah di atas? Ke nak ustazah bagi contoh yang lain? Apa? Faham. Baik mari kita terus kan pembelajaran kita.   :)



DALIL IKHLAS :
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ


Dalil diatas diambil daripada Surah Al-Bayyinah ayat kelima yang bermaksud " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh diatas tauhid " Masya Allah tabarakallah murid murid ustazah sekalian. 



CARA-CARA BERSIFAT IKHLAS :



 
'Oh macam tu rupanya cara-cara bersifat ikhlas ye ustazah'  Haah macam tu la ate (bak kata orang perak). Mari kita teruskan pula dengan hikmah bersifat ikhlas.


HIKMAH-HIKMAH BERSIFAT IKHLAS :



Masya Allah anak murid yang dirahmati Allah sekalian. Banyak sekali hikmah-hikmah jika kita bersifat ikhlas bukan? Jika orang yang tidak bersifat ikhlas ini bagaimana pula?



AKIBAT JIKA TIDAK BERSIFAT IKHLAS :



Allahurabbi anak murid ustazah sekalian, lihat lah apa akibatnya jika kita tidak bersifat ikhlas dalam kehidupan. Mahukah kalian jadi seperti di atas? Pasti tidak mahu bukan.


Pejam celik pejam celik sudah sampai ke hujung pembelajaran ustazah. Maafkan ustazah jika terdapat kekurangan dalam diri ustazah sepanjang ustazah menulis entry ini. Salam sayang ustazah dahulukan.

Pengajaran:Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.





P/S : Pergi buat assigment, kerja rumah (orang tesl kata homework) dan soalan berbentuk sumatif dan formatif. Hangpa akan tahu apa makna ikhlas yang sebenar.




Salam sayang 
Ustajah ijian :)

Friday, 2 January 2015

Pelajaran Pertama: ISTIQAMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum anak-anak murid Ustazah! Apa khabar semua ? Alhamdulillah. Ustazah pun sihat. Haaa hari ni, Ustazah Naqiah yang akan ajar anak-anak murid. Okay. Sebelum Ustazah ajar tajuk hari ni, Ustazah nak semua tadah tangan dan kita baca doa belajar sama-sama. Ready? Okayy.



Alhamdulillah. Bagus anak-anak murid Ustazah. Pandai baca doa sebelum belajar. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Yey!

Mari kita lihat hasil pembelajaran bagi tajuk istiqamah :)



Okay. Pelajaran hari ini, Ustazah nak ajar mengenai ISTIQAMAH. Haaaa Istiqamah tu apa ye ? Cepat tanya mak ayah! Haaa dapat tak maksudnya ? Hehehe =)

  • Maksud istiqamah :     



Senang kata, ISTIQAMAH ni bermaksud BERTERUSAN. Maksud disini, bila kita buat sesuatu kebaikan dan kita terus menerus melakukan kebaikan tersebut, itulah dimaksudkan dengan ISTIQAMAH.

Allah SWT ada berfirman di dalam surah Al-Ankabut ayat 2 :-

احسب الناس أن يتركوا أن يقلوا ءامنا وهم لايفتنون

"Patutkah manusia menyangka bahawa akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman' mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?)"

Manusia ni tidak akan lari dari ujian yang Allah kirimkan. Dengan ujian tu lah Allah nak benarkah hambaNya beriman dengan Allah. Ustazah bagi contoh.. 

Ali seorang yang kuat berdakwah. Di sekelilingnya, ada sahabat-sahabat yang soleh yang sentiasa sokong dan bersama-samanya untuk berdakwah. Allah izin, satu hari tu sahabat-sahabatnya tinggalkan Ali pergi jauh darinya. Dari situ, Allah uji Ali.. Allah nak tengok sama ada Ali ISTIQAMAH melakukan dakwah walaupun sahabat-sahabatnya meninggalkan dia.

Faham tak anak-anak murid Ustazah yang disayangi ? Alhamdulillah! 

Bagaimana CARA-CARA untuk berISTIQAMAH ?





Apakah HIKMAH yang anak-anak murid akan dapat kalau berISTIQAMAH ni ?



Apa pula AKIBAT nya kalau kita tidak mengamalkan ISTIQAMAH ?





Anak-anak murid Ustazah yang diredhai Allah, ISTIQAMAH adalah perkara yang paling sukar hendak dilakukan. Kenapa Ustazah kata begitu ? Sebab kita hanya manusia yang lemah. Tidak semua perkara kita dapat ISTIQAMAH. Iman kita kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Dan itulah sifat manusia yang sebenarnya. 

Jadi, Ustazah nak anak-anak murid semua selepas habis solat, doa kepada Allah. Minta kepada Allah sungguh-sungguh supaya kita dapat Istiqamah dengan perintah Allah seperti tutup aurat dengan sempurna, puasa dibulan ramadhan, bersedekah, menuntut ilmu dan sebagainya.

Setakat ini saja pembelajaran kita pada hari ini. Jumpa lagi pada masa akan datang bersama dengan Ustazah Izyan dan Ustazah Asyiqin. 

Fi Hifzillah semua


Salam Sayang,

Ustazah Naqiah