بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar anak-anak murid ustazah yang ustazah sayangi sekalian? Semoga kalian semua berada dalam rahmat-Nya. Pada hari ini ustazah akan mengajar tajuk yang baru iaitu IKHLAS.
Sebelum itu, mari kita membaca doa sebelum belajar.
Tujuan kita membaca doa belajar ini agar mudah ilmu masuk dan diredhai Allah ketika belajar. Baiklah mari kita memulakan pembelajaran :)
Sebelum itu mari kita lihat objektif pembelajaran dahulu
Adakah kamu mengetahui apa itu ikhlas? Adakah kamu belajar harini dengan niat yang ikhlas? Adakah kamu menolong ibu bapamu dengan ikhlas? Adakah kalian menolong gurumu dengan ikhlas?
' Apa pula sebenarnya ikhlas ini ustazah? Saya keliru.'
Pasti kalian terfikir soalan seperti ini. Masya Allah jika begitu pada pemikiranmu, ustazah sangatlah bangga kerana kamu dapat berfikir dengan cerdas seusai usia 12 tahun ini. Mari ustazah huraikan satu persatu.
ERTI :
'Eh ustazah, macam mana kalau kita buat sesuatu tu sebab nak menunjuk je?' Haaaa tu namanya tak ikhlas la tu. Nauzubillah. Ustazah harap kalian tidak seperti itu. Anak murid ustazah mesti baik macam ustazah kan? Muah ciked.
'Ustazah saya blur lagi la. Saya tak faham lagi'. Masya Allah tabarakallah tidak mengapa. Mari ustazah kongsi satu cerita.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.""Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DALIL IKHLAS :
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Dalil diatas diambil daripada Surah Al-Bayyinah ayat kelima yang bermaksud " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh diatas tauhid " Masya Allah tabarakallah murid murid ustazah sekalian.
'Oh macam tu rupanya cara-cara bersifat ikhlas ye ustazah' Haah macam tu la ate (bak kata orang perak). Mari kita teruskan pula dengan hikmah bersifat ikhlas.
HIKMAH-HIKMAH BERSIFAT IKHLAS :
Masya Allah anak murid yang dirahmati Allah sekalian. Banyak sekali hikmah-hikmah jika kita bersifat ikhlas bukan? Jika orang yang tidak bersifat ikhlas ini bagaimana pula?
AKIBAT JIKA TIDAK BERSIFAT IKHLAS :
Allahurabbi anak murid ustazah sekalian, lihat lah apa akibatnya jika kita tidak bersifat ikhlas dalam kehidupan. Mahukah kalian jadi seperti di atas? Pasti tidak mahu bukan.
Pejam celik pejam celik sudah sampai ke hujung pembelajaran ustazah. Maafkan ustazah jika terdapat kekurangan dalam diri ustazah sepanjang ustazah menulis entry ini. Salam sayang ustazah dahulukan.
Pengajaran:Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.
P/S : Pergi buat assigment, kerja rumah (orang tesl kata homework) dan soalan berbentuk sumatif dan formatif. Hangpa akan tahu apa makna ikhlas yang sebenar.
Salam sayang
Ustajah ijian :)
bagus tuan puan
ReplyDeleteterima kasih maisarah :)
ReplyDelete