Friday, 2 January 2015

Pelajaran Pertama: ISTIQAMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum anak-anak murid Ustazah! Apa khabar semua ? Alhamdulillah. Ustazah pun sihat. Haaa hari ni, Ustazah Naqiah yang akan ajar anak-anak murid. Okay. Sebelum Ustazah ajar tajuk hari ni, Ustazah nak semua tadah tangan dan kita baca doa belajar sama-sama. Ready? Okayy.



Alhamdulillah. Bagus anak-anak murid Ustazah. Pandai baca doa sebelum belajar. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Yey!

Mari kita lihat hasil pembelajaran bagi tajuk istiqamah :)



Okay. Pelajaran hari ini, Ustazah nak ajar mengenai ISTIQAMAH. Haaaa Istiqamah tu apa ye ? Cepat tanya mak ayah! Haaa dapat tak maksudnya ? Hehehe =)

  • Maksud istiqamah :     



Senang kata, ISTIQAMAH ni bermaksud BERTERUSAN. Maksud disini, bila kita buat sesuatu kebaikan dan kita terus menerus melakukan kebaikan tersebut, itulah dimaksudkan dengan ISTIQAMAH.

Allah SWT ada berfirman di dalam surah Al-Ankabut ayat 2 :-

احسب الناس أن يتركوا أن يقلوا ءامنا وهم لايفتنون

"Patutkah manusia menyangka bahawa akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman' mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?)"

Manusia ni tidak akan lari dari ujian yang Allah kirimkan. Dengan ujian tu lah Allah nak benarkah hambaNya beriman dengan Allah. Ustazah bagi contoh.. 

Ali seorang yang kuat berdakwah. Di sekelilingnya, ada sahabat-sahabat yang soleh yang sentiasa sokong dan bersama-samanya untuk berdakwah. Allah izin, satu hari tu sahabat-sahabatnya tinggalkan Ali pergi jauh darinya. Dari situ, Allah uji Ali.. Allah nak tengok sama ada Ali ISTIQAMAH melakukan dakwah walaupun sahabat-sahabatnya meninggalkan dia.

Faham tak anak-anak murid Ustazah yang disayangi ? Alhamdulillah! 

Bagaimana CARA-CARA untuk berISTIQAMAH ?





Apakah HIKMAH yang anak-anak murid akan dapat kalau berISTIQAMAH ni ?



Apa pula AKIBAT nya kalau kita tidak mengamalkan ISTIQAMAH ?





Anak-anak murid Ustazah yang diredhai Allah, ISTIQAMAH adalah perkara yang paling sukar hendak dilakukan. Kenapa Ustazah kata begitu ? Sebab kita hanya manusia yang lemah. Tidak semua perkara kita dapat ISTIQAMAH. Iman kita kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Dan itulah sifat manusia yang sebenarnya. 

Jadi, Ustazah nak anak-anak murid semua selepas habis solat, doa kepada Allah. Minta kepada Allah sungguh-sungguh supaya kita dapat Istiqamah dengan perintah Allah seperti tutup aurat dengan sempurna, puasa dibulan ramadhan, bersedekah, menuntut ilmu dan sebagainya.

Setakat ini saja pembelajaran kita pada hari ini. Jumpa lagi pada masa akan datang bersama dengan Ustazah Izyan dan Ustazah Asyiqin. 

Fi Hifzillah semua


Salam Sayang,

Ustazah Naqiah

No comments:

Post a Comment