Saturday, 14 February 2015

Pelajaran kelima : Syukur

Assalamualaikum anak murid ustazah yang disayangi dan dirahmati Allah sekalian ^_^


Harapnya semua sihat hendaknya. Rindu ustazah tak? Harini ustazah akan ajar tajuk SYUKUR.




Sebelum itu, mari kita baca doa sebelum belajar dulu. 



Mari kita mulakan pembelajaran kita. 

Pertama sekali, mari kita lihat erti syukur di bawah ini.




Siapa diantara murid-murid ustazah yang sentiasa bersyukur? Bersyukur dengan apa yang dimilikinya seperti ibu ayah, adik beradik, harta benda dan sebagainya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa memuji Allah yakni bersyukur kepada Allah :)


Seterusnya, mari kita lihat ciri-ciri orang yang bersyukur. Ustazah pasti murid-murid ustazah antara orang yang tergolong dalam golongan dibawah.





Masya allah murid-murid, banyak sungguh ciri-ciri orang yang bersyukur. Semoga kita dapat mengikuti ciri-ciri di atas. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang kita akan dapat jika kita sentiasa bersyukur kepada Allah. Jawapannya murid-murid, sangat banyak. Mari ustazah tunjukkan separuh daripada kelebihan-kelebihan orang yang sentiasa bersyukur di bawah.




Haaaa murid-murid, ini lah antara kelebihan ataupun fadhilat yang akan kita peroleh jika sentiasa bersyukur. Banyak lagi sebenarnya tetapi ustazah hanya kongsikan sedikit sahaja.


Di samping itu, jika ada fadhilatnya, pasti ada keburukannya umpama ada pro pasti ada kontranya. Mari kita lihat apa pula keburukan jika kita tidak bersyukur dalam kehidupan.






Astagfiruallah. Lihat lah murid-murid sekalian apa akibatnya jika kita tidak bersyukur kepada Allah. Supaya kita tidak tergolong dalam golongan di atas in syaa Allah. :)


Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana kita hendak bersyukur? Senang sahaja jawapannya. Sentiasa lah ucapkan Alhamdullilah tanda syukur kepada Allah. Pernahkah kamu mendengar nasyid dendangan raihan yang bertajuk syukur? Marilah kita bersama-sama bernasyid mengikut nasyid di bawah ini.




Seronok bukan apabila kita dapat bernasyid bersama-sama? Semoga murid-murid ustazah dapat menghayati nasyid tersebut bukan sekadar bernasyid sahaja. :)


Sampai disini sahaja coretan ustazah. Jumpa pada entry yang akan datang. Semoga murid-murid ustazah dapat banyak pengajaran pada pembelajaran kali ini. Assalamualaikum :)



                                                                                                             Salam sayang,
                                                                                                             Ustazah Ijian

No comments:

Post a Comment