Assalamualaikum anak-anak ustazah yang diredhai Allah.
Sihat semua? Alhamdulillah! Ustazah pun sihat, Alhamdulillah. Okay anak-anak yang ustazah sayangi sekalian. Hari ini ustazah akan ajar satu lagi tajuk iaitu TAWADUK. Okay sebelum kita mula pembelajaran kita hari ini, mari semua kita tadah tangan dan baca doa...
Amin amin Allahumma amin Ya Rabbi...
Mari kita lihat objektif pembelajaran dahulu.
Okay, hari ini ustazah nak kongsi satu cerita mengenai Saidina Umar al-Khattab. Siapa kenal Saidina Umar al-Khattab ni ?
Yeee betul! Saidina Umar al-Khattab merupakan khalifah yang kedua yang menggantikan khalifah Saidina Abu Bakar. Beliau merupakan seorang khalifah yang amanah, tawaduk dan bertanggungjawab.
Siapa ingat kisah Saidina Umar al-Khattab yang bertemu dengan satu keluarga yang miskin itu ? Haaaa tak ingat :? Okay tidak mengapa. Mari ustazah ingatkan kembali cerita tersebut.
Pada suatu malam, ketika Saidina Umar berjalan-jalan dibandar, beliau terdengar suara tangisan kanak-kanak dari sebuah rumah kecil. Beliau masuk kedalam dan melihat seorang wanita sedang duduk bersedih dikelilingi kanak-kanak yang kelaparan. Umar bertanya kepada wanita itu.
"Apakah yang puan sedang masak?"
Wanita itu memberitahu Umar al-Khattab, yang dimasak hanyalah air kosong sahaja tanpa makanan. Anaknya akan terus menunggu hingga letih dan tertidur, kemudian mereka akan terlupa rasa laparnya. Wanita itu tiada wang untuk membeli makanan. Saidina Umar al-Khattab tersangat sedih. Beliau berlari ke Baitul Mal untuk mengambil tepung, gula dan daging.
Beliau sendiri memasak dan menghidangkan makanan kepada kanak-kanak itu. Mereka pun menikmati makanan hingga kenyang. Wanita itu mengucapkan terima kasih diatas pertolongan Saidina Umar al-Khattab. Pengajaran cerita ini, walaupun Saidina Umar al-khattab seorang Khalifah yang sibuk dengan tugas harian, beliau masih dapat meluangkan masa membantu golongan yang miskin.
Sungguh tawaduk kan Khalifah kita ni ? Hebat MashaaAllah.
Dari Iyyad bin Hamar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
PENGERTIAN TAWADUK
Ye, kita nak buat satu perkara ni hendaklah betulkan niat. Tidak boleh niat nak buat ibadat atau kerja atas sebab nak tunjuk pada orang atau rasa bangga dengan apa yang kita buat tersebut. Allah ada berfirman dalam al-Quran surah al-Furqan ayat 63 yang bermaksud:-
Seronok kan kelebihan tawaduk ni ? MashaaAllah. Bukan susah pun hendak bertawaduk. Kita hanya perlu betulkan niat kita apabila kita hendak melakukan sesuatu. Okay, apa pula yang akan jadi kalau kita tak amalkan sifat tawaduk ni ? Malah kita riak dan sombong pula. Haaaa ini adalah antara akibat apabila kita bertawaduk...
Takut kan ? Nauzubillah min zalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak bertawaduk ini. Allahumma Amin. Semoga anak-anak murid ustazah faham dengan pembelajaran kita pada hari ini.
Renungkan-renungkan dan selamat beramal ;)
Hingga kita bertemu lagi pada pembelajaran akan datang. Jaga diri semua anak-anak ustazah! :)
Salam Sayang,
Ustazah Qia
No comments:
Post a Comment